Social Icons

Thursday 20 November 2014

Kisah Lesen

Pada awal bulan jun tahun lepas saya daftar kelas memandu di kuala kangsar,Buat latihan..latihan..dan latihan..sampai amek masa untuk latihan lebih dari 15 jam...bayar pun lebih lah..bila dah yakin untuk amek test barulah saya daftar untuk test pada tengah bulan julai..waktu tu bulan puasa..awal bulan puasa..Alkisahnyer bukan rezeki saya,saya hanya lulus ujian litar tidak untuk jalanraya punya test..serius kecewa sangat waktu tu!bila dah dapat kejer dekat shah Alam..sya pindah buat ulangan pulak kat sini..beratus lagi duit keluar..kali ni saya amek test untuk jalanraya sahaja memandangkan saya hanya fail jlanraya..alkisahnyer dah lulus pun test tu pada 12/5 2014..mungkin silap saya bila dh lulus saya lambat jemput lesen tu kat office tarikh saya lulus test untuk litar dh lepas setahun then..tak pasal-pasal kena amek lesen sekali lagi..kali ni kena amek test untuk litar sahaja..kena pastikan kedua-dua tarikh ujian untuk litar dan jalanraya tak lebih dari setahun..kalo lebh dari setahun salah satu dari test tu kena amek lainlah citernyer,,saya pun amek la..bila dah amek gagal pulak lesen litar ni..kena amek lagi sekali..kesiankan saya?tapi saya tak putus asa..saya kena yakin apa yang berlaku mesti ada hikmahnyer..1/12/2014 ni saya amek test balik untuk litar sahaja..doakan semoga saya lepas yer..boleh beli kereta..tolong adik-adik pulak...Terima Kasih

Wednesday 19 November 2014

Pengalaman Pertama

Salam sejahtera semua,hari ni saya nak kongsikan pengalaman pertama saya bila dah terjah dunia blog ni...mula-mula pening...sampai sekarang saya pening.Blog saya ni haa..bukan perfect sangat cause masih barukan?..Saya tak pernah pun terfikir nak ada blog sendiri..sebab feeling saya pada dunia blog ni adalah zero..I have no feeling actually haha tapi disebabkan saya sedang nak membangunkan business online saya WAJIB paksa diri untuk buat semua ni..Harap2nyer berhasillah nanti..Saya sentiasa mengharapkan pandangan dari sesiapa tentang blog ini.sebarang komen dan kritikan saya sudi terima.Terima Kasih.

Tuesday 18 November 2014

Tentang saya

Hai semua,saya merupakan pendatang baru bagi dunia blog ni.Dalam blog nie saya akan kongsikan dengan anda pelbagai perkara yang pastinya ia berkaitan dengan ilmu dan pengetahuan am untuk kita bersama.Oh ya..saya buat blog sebab saya suka menulis..penulisan saya mestilah bermanfaat untuk semua dan boleh dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang membacanya okeyy??Jom sama-sama kita cari dan kongi ilmu yaa..

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Harapan

Banyak harapan yang saya letakkan dalam senarai pencapaian hidup saya.Harapan itu bukan angan-angan di alam khayalan,saya mesti jadikan itu KENYATAAN!

Potensi

Kita yang membentuk diri kita melalui potensi yang ada dalam diri.Jangan tunggu lagi!.Berubahlah sekarang.Donut takkan jadi kuih apam!

Rakan Niaga

Disediakan oleh Gagasan Niaga Enterprise. Dapatkan Blog anda yang cun dan profesional serta mesra seo pada harga yang sukar dipercayai di Adzrieja
 
Blogger Templates